sekilas
a simply life

emmm…

lama juga tk update blog…skrg aku dh kembali di puncak..masih lg meneruskan pembelajaran di samping memikirkan masa depan…jgn plak jd mcm yg bang bil (nabil) ckp tu “tanpa memikirkan masa depan zaleha meneruskan perjalanan” huhuhuhu

baru pulang dr pandan…hari ni meraikan hari jadi mak tersayang..dan juga bg ipar aku. tak tahu nk bg ape utk mak…kak ida bawa kami sekeluarga makan kat luar..dan aku hanya mampu membeli kek..dan mampu tersenyum bile mak suke kek tu..jarang ooo mak nak suke mkn kek…hehehehe…malah ia juga menjadi kegilaan abg ipar aku..hahaha..kek mahal..setahu sekali takpe la kot aku beli…klu tak sedap..mmg aku dh tk beli dh kek mcm tu.

alhamdulillah..dapat jgk buat mak gembira…

1st week di puncak…aku dh masuk beberapa kelas..dan ada sedikit tekanan utk meneruskan subjek2 yang ada. mana tidak..semakin aku menghitung bulan utk tamat pengajian..semakin sukar perjalanannya.lagi plak ditambah dengan bebanan perasaan…dengan saudara Shazlie..huhuhu..sorry if u read my blog…terbyg2 wajah die yg begitu membenci aku…tp takpe..jnji tetap jnji. aku harap aku dpt membantu diri aku sendiri. mana yang termampu tu la yg aku berikan. klu lepas tu die nk haramkan apa2 pun…apa nk buat..atr aku dengan Dia.

dengan aki…aku cuba sedaya upaya membuat lelaki itu gembira jugak. dan dia mungkin masih mampu tersenyum tatkala menaiki flight ke sarawak hari ini. semoga selamat sampai hendaknye…

keadaan dirumah ni plak…masih sunyi. julie dan iela blk kg…aku rasa iela esok baru ke sini semula.maklum ler org takde kelas..julie kemungkinan mlm nnti baru smp. atie tgh mandi..jamie pun sama kot.dorg tu dh mcm kembar yg tk dpt dipisahkan. semoga persahabatan itu kekal tanpa sebarang prasangka. dengarnye dorg nk gi pasar mlm. insyaAllah, aku akan kuarkan duit loan utk bayar duit rmh sekalian alam..huhuhu..brg2 dapur…mmg semester ni, aku kehilangan wang besar. aduh~!! menyesal tk sudah akibat perbuatan diri…mohon ampun dari Allah…mintak dijauhkan perkara sebegini lagi.

berkisarkan kepasa kisah politik negara. aku terkadang beminat plak dengan kes yang baru berlaku dlm masa terdekat ini. mengenai penyiasat persendirian Bala…dan jugak kes liwat DSAI dn Saiful. aku terbaca akhbar SINAR. akhbar itu melaporkan segala cabang baik dari kerajaan mahupun pembangkang. bile dh baca dua2…aku sendiri tak tahu nak percayakan sape? dari kes liwat..langsung konpius..sebabnya, masing2 bagi hujah tersendiri..dengan saudara Ezam yg akan membuka pekung di dada mengenai DSAI..dengan saudara Saiful yang dikritik hebat tentang keaiban yang berlaku terhadapnya…DSAI sendiri yang beriya2 cuba menyelesaikan mslh minyak dlm negara sehingga ingin mengadakan perdebatan dengan PM. MasyaAllah..apa dah jd dengan Malaysia.

dengan kecanggihan teknologi sekarang, lebih cepat berita tersebar…lebih banyak fitnah yang dpt disampaikan…dan kita yg tidak tahu menahu hanya mengiyakan mana yg kita rasa berasas dan logik, tnpa melihat bukti dan kronologi. aku sendiri tidak percaya kepada kedua2nya kerananya aku berharap perkara itu akan selesai secepat mungkin tanpa perlu mengganggu pemikiran aku ni. sekadar membaca dan melihat sahaja apa yang berlaku sambil berfikir mana yg baik dan mana yg buruk.

lebih baik aku memikirkan ttg pelajaran aku yg masih byk perlu diselesaikan…

No Responses to “emmm…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: