sekilas
a simply life

SEPI & sick!!

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…

hari ini mungkin hari terakhir aku di ofis teraju reka. esok aku dh tak masuk ofis lagi. mungkin juga menghabiskan sisa cuti dia bersama-sama. semalam tergerak hati mengajak dia keluar menonton wayang. dia nampak gembira. tak tahu la sebenarnya di dalam hati dia. aku rasa lega melihat senyuman dan kegembiraan itu. filem yang aku tonton dari Khabir batia..SEPI. tak ramai pun orang yg dtg. aku tk pasti la sbb cerita tu tak best, maklumlah filem melayu..ade je yg tak kena..atau mungkin semlm ari RABU jadi memang sasaran itu kurang…tapi kate julie kt KLCC ramai je org tgk SEPI. smp ke depan seat penuh. aku tgk kt times square..entah ape yg membezakannya…mungkin itu GSC sana TGV.

filem itu penuh makna tersendiri buat para sang pencinta..termasuk aku dan mungkin jugak dia. pandai2 la anda menafsirkannya mengikut persepsi dan pengalaman diri.

Filem Sepi arahan terbaru Kabir Bhatia selepas Cinta dan Love mengangkat tema dan pengertian kesepian yang berbeza dalam hidup tiga insan. Filem ini mengisahkan Adam (Afdlin Shauki) seorang chef yang berjaya dalam kariernya dengan keistimewaan menghias kek pengantin tetapi dia sendiri terpaksa melalui kehidupan yang sepi lantaran sukar menemui teman. Dia menemui Llyana (Vanidah Imran) dalam satu majlis tetapi kemudian terpisah. Seorang pemilik kilang kasut, Sufi (Tony Eusoff) berlari setiap hari untuk melupakan bayangan dan kekesalan akibat kematian isterinya yang terus menggerhanakan hidupnya.

Sufi bertemu dengan Marya (Eja) yang dijangka akan mengembalikan kehidupannya, tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat perpisahan. Dan, seorang dramatis, Imaan (Baizura Kahar) menulis semula baik-bait sajak sepi dalam naskhah dramanya untuk melupakan teman lelakinya Khalil (Piere Andre) yang menemui ajal dalam satu peristiwa.

Apa yang mahu dibawakan oleh Kabir Bhatia dalam Sepi adalah percikan-percikan emosi daripada kekecewaan yang melingkungi watak-watak yang rapuh. Watak-watak ini kemudiannya menemui sesuatu yang memberikan kekuatan baru tetapi sayang ia hanya sementara untuk kemudiannya menemui hakikat yang sebenar. Adam, Sufi dan Imaan pada hakikatnya adalah watak yang rapuh tetapi menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka untuk melindungi dan membina keyakinan diri.

Bagi sebuah filem dalam genre melodrama romantis seperti Sepi, filem ini kekal pada jalur stereotaipnya. Kekuatan filem ini terletak pada pemusatan emosinya. Plot, watak dan dialognya bergabung untuk menekankan kesan sentimental dan emosi yang kuat dihati penonton. Apatah lagi dalam Sepi, penulis skripnya Ara dan Mira mencantumkan tiga cerita pendek daripada tiga watak utamanya iaitu Adam, Sufi dan Imaan yang mencari haluan hidup.

Disebabkan asas plotnya adalah emosi, maka yang penting disatukan disini adalah peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pertautan emosi perwatakan.

Kesemua watak hanya menjadi alat untuk mengerakkan peristiwa. Kita hanya mengenali watak secara sepintas tanpa kehalusan perwatakan. Hal ini dapat kita lihat pada hubungan dan kaitan peristiwa antara Adam, Sufi dan Imaan yang bermula daripada satu peristiwa kemalangan.

Peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan secara kebetulan pula ketiga-tiga individu yang terlibat dalam peristiwa itu menghadapi masalah hidup yang hampir sama iaitu kekecewaan dan kesepian. Sepi mengangkat semula formula melodrama romantis Hollywood era 1980-an antaranya When Harry Met Sally, Sleepless in Seattle dan You’ve Got Mail.

Pada dasarnya Sepi adalah sebuah filem citra wanita dengan unsur ‘feminine’ yang tebal. Setiap persoalan yang melingkari watak-wataknya bertitik tolak daripada masalah emosi, sosial dan psikologi yang berkait dengan wanita walaupun plotnya digerakkan oleh asalnya watak lelaki. Watak Sufi dan Khalil akhirnya terkorban kerana wanitanya, manakala Adam biarpun seorang lelaki tetapi dunia pekerjaannya lebih dekat dunia wanita. Apa yang menarik di sebalik kerapuhan watak-watak lelakinya, watak-watak wanita adalah jauh lebih tabah dan berkesan. Hal ini dapat dilihat pada watak Suzy, Llyana, Marya dan Imaan yang mempunayi kekuatan dan yakin dengan jalan yang mereka pilih.

Malah, pada ketika Sufi dan Khalil akhirnya hilang ditelan masa, Marya dan Imaan berjaya melayari kehidupan mereka dengan yakin dan tabah.

Filem Sepi dibentuk oleh Kabir Bhatia dengan unsur kelembutan dengan matlamat untuk meruntun emosi khalayak. Pemilihan taman dan landskap kehijauan, jalan yang sepi, malam yang hening dan rumah yang besar tapi kosong semuanya membawa gambaran kesepian dan kekosongan serta tidak menceriakan.

Visual filem ini juga dibentuk oleh imej-imej yang difokuskan lembut dengan kawalan tone cahaya yang dipastikan dapat memberikan mood sentimental dan nostalgia kepada imej yang terhasil. Visual lembut filem ini dilengkapkan pula oleh alunan muzik yang membawakan mood romantis.

Dari satu segi, biarpun Sepi masih membawakan stereotaip melodrama dengan citra kewanitaannya dan sering diingat sebagai sebuah karya sentimental dan air mata, tetapi sebagai sebuah filem ia bukanlah sebuah karya yang tidak berkualiti.

Justeru, filem begini sering dapat dibanggakan dari segi tahap kualiti produksinya. Filem sebegini memang mampu meninggalkan kesan emosi terutamanya kepada penonton wanitanya. Hal yang sama juga dalam industri penerbitan novel popular hari ini yang memfokuskan kepada tema wanita untuk memenuhi keperluan khalayak pembaca wanita. Ini adalah sesuatu yang cukup menarik kerana wanita juga membentuk khalayak yang agak dominan dalam industri filem. Dan, kerana itu filem-filem melodrama romantis seperti Sepi akan terus mampu menghiburkan mereka.

(credit : mohd afiq)

hari ni aku tak berapa sihat.dah 2 hari batuk2..tekak rasa perit. tapi arini selsema yang agak teruk jugakla..buatkan idong aku tak selesa. arini jugak aku nk siapkan semua repot praktikal aku. supaya aku tak memikirkannya lagi bila aku dh sampai kat puncak nnti.

erm…semalam ade sesuatu yang memeranjatkan aku. mungkin beria baik buat sang nila utama..hehehe…tp pada aku bagaikan sesuatu yang aku teringin elakkan dari berlaku..a.anep msg aku…oit nila…abg anepp yg akak gile2 kan tu hubungi norfa..huhuhu…ntah pe mimpi die…mungkin sekadar bertanya kabar.terkejut jugak..sbbnya aku tk kenali no itu…

dear nila..if u want to know his number..pls comment my blog.tq… =)

aku tak tahu nk taip ape..aku blur…!

One Response to “SEPI & sick!!”

  1. hahahaha..nape la nak komen blog norfa kalau2 norfa punya pendirian sendiri dan mahukan tujuan itu menjadi suatu kenyataan, yg baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..eh? betul kan peribahasa tu, heeee…

    eh? kenapa tiba2 pulak dia msg norfa? ye ye je, alah ckp jelah norfa yg msg dia pun takut ke? ahaks..owh oklah kalau betul mane no phone nye? norfa nak nila tumbuh janggut ke menunggu?

    jika benar tilikan mu, aku tahu apa maksudnya itu..pernah dgr lagu scorpion tak? i will back to love u again? hahahahahaha!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: