sekilas
a simply life

pelik bunyinye

lagi 2-3 hari aku akan menghabiskan tugasan atas nama praktikal di Teraju Reka. Seronok agaknye mninggalkan dunia pekerjaan sebentar. bukan banyak mane sumbangan aku pd company ni. tp tetap bersyukur kerana majikan masih lagi menghargai setiap hasil yang aku berikan. hari ni aku bantu julie buat skrip utk telemovie bulan puasa tu. remy minta dia menghasilkan draft agar dia dapat shooting 2 episod utk dipersembahkan kepada RTM. aku bantu apa yang mampu…di samping hati yang tidak tenteram…aku hanya boleh memejamkan mata dan melupakan segala kekusutan…hanya untuk mengingatiNya.

dan mungkin beberapa hari lagi aki akan pergi semula ke Sarawak. nyata percutiannya kali ini tidak langsung menggembirakannya seperti sebelum ini. aku cuba mencari waktu utk dia…kerana mereka di sekeliling…aku menjadi tewas. biarpun berdepan dengan sesuatu yang tidak dijangka…aku perlu menghadapinya sendiri. ini yang aku lakukan..dan aku perlu tanggung sebagai seorang manusia yang diperkatakan orang ‘kejam’ kerana tidak memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain. makin ingin aku tolak makin banyak kata-kata yang masuk dalam fikiran aku…

dan untuk itu…aku tidak ingin memberitahu keputusan ku kepada sesiapa. aku harap mereka mengerti dengan tindakan aku ini. aku cuba sebaik mungkin asalkan si dia gembira. aku tak mahu dia gagal kerana aku yang hina ini. aku tak mahu dia kecundang hanya kerana perempuan yang mementingkan diri ini. aku ingin dia tahu aku akan sedia ada untuk dia. kalau itu menggembirakannya…aku juga akan mampu mengukir senyuman. tidak terdaya rasanya menaatp wajahnya yang penuh dengan kekecewaan. yang menjatuhkan egonya sebagai lelaki. maafkan aku kerana sejauh ini menduga cintamu.

ini pertama kali dalam hidupku sukar untuk membuat keputusan. ini pertama kali dalam hidupku berdepan dengan kisah cinta sendiri yang bukannya biasa seperti katanya. pertama kali dalam hidupku melihat lelaki seperti dia. aku harap dia benar2 menghargai aku…benar2 mengatakan aku miliknya dan sentiasa ada untuk aku. walaupun aku tidak pasti apakah kesudahan cerita cinta ini…yang aku inginkan dia gembira dan bahagia. yang aku inginkan dia berjaya di dalam hidupnya dan bukannya memikirkan pengakhiran hidup atas sebuah kekecewaan. aku tak mahu lagi dia merasa dirinya kosong…

masa itu diberikan oleh sang pecinta…masa itu aku telah gunakan untuk berfikir…masa itu untuk dia melihat aku dari kejauhan…masa itu aku bukan lagi miliknya…masa itu untuk dia menafsir bagaimanakah jenis perempuannya aku ini. tatkala ini aku terfikir kata-kata nila…inilah norfa yang ku kenali…ya…masa itu sesuai untuk dia berkata seperti nila…amat benar sekali tujuannya buat dia. aku tidak mampu berfikir apa2 lagi. aku tak mahu dipersalahkan pada satu hati nanti di mana aku menjadikan mereka itu gagal di dalam hidupnya. aku percaya dia bersedia menerima kegagalan ini…sebab ini jalan yang kami pilih..melihat satu risiko yang tiada kebaikannya. hati aku benar2 sedih kerana tidak dapat memberikan kebahagiaan itu. keran aku juga perlukannya…tapi aku hanya ingin kan si dia gembira…maafkan aku sang pecinta!

aku tidak pasti kenapa tiba-tiba aku merasakan pelik dengan kata-kata itu…sungguh jelik bunyinya..seakan-akan membenci diri ini. seperti aku ini dekat dengannya dan dia kenali aku..terpulang bagi sesiapa pun untuk menafsirkan tentang diri aku. kerana seperti apa yang pernah mereka-mereka ini ungkapkan, aku tidak tahu menghargai, tidak tahu menilai, tidak tahu membezakan yang baik dan buruk.

saat itu aku mengharapkan lagu itu muncul di gegendang telingaku…aku berharap mendapat jawapan daripadaNya…tapi saat itu juga kenangan yang sekejap itu jua muncul…maafkan aku! Lelaki itu telah berada di sebelahku…meluahkan rasa hatinya. lelaki itu telah buktikan rasa kasih sayangnya untuk kembali kepada aku. lelaki itu yang mendakwa tiada lelaki sejujurnya di dunia ini akan ku temui…aku akan pergi kepadanya. tidak lagi melihat kedalam hati sendiri…aku tidak akan dipersetujui…

fahamilah tiap baris kata ini…kau akan tahu maksudku.

aku memang begini…aku ada untuk dirimu. aku ingin kau gembira dan merasa bahagia. aku ingin kau berjaya. aku tak ingin perkataan itu kau sebut2 lagi. kerana aku tak mahu ia benar2 terjadi. kasihanilah aku. janganlah aku menjadi puncanya kelak. aku hanya ingin berada di landasan hatiku. tp gerabaknya mengaturku ke tempat lain.

senyumlah wahai sayang…kegembiraanmu memberikan ku kelegaan biarpun seperkara yang tak dapat kunyatakan…

No Responses to “pelik bunyinye”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: