sekilas
a simply life

coklat…yum yum..

hari ini 16 June 2008 bersamaan hari Isnin. aku sedang menghadap pc..mestila, kalau tidak mcmane plak blog aku ni ditulis. aku sedang menyiapkan skrip koko. tak sudah2 lagi. mungkin sbb aku yg malas..atau aku tak suke dgn kehendak boss aku yang mintak mcm2 utk skrip ni. walaupun aku dh siapkan skrip ini, tp ada penambahan dan pembetulan…itu pun aku kena preview beberapa tape untuk mencari bahan. ini la tugas aku sebenarnya. tp dek kerana merasakan tugas ini mudah..aku buat sambil lewa je. kalau la bos aku tahu aku sdg buat keje lain ni…huhu..masak jgkla kene bebel nnti.td pun rozie dh dtg and tanye aku, bile skrip ni bole siap.klu ikutkan harini dh bole siap…tp aku janjikan esok, sbb aku kene tunjuk pd bos dulu.

disebbkan hari2 aku sebelum ni asik mengadap cerita psl koko je…aku nk gak share dgn korang ttg mitos2 koko…takkan aku sorg je tau kot…poning2…huhuhuhu

Fakta Pertama – Coklat tidak menyebabkan jerawat

Satu-satunya mitos yang diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para remaja. Ini tidak benar.

Pemakanan yang tidak baik adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa ‘puberty’, pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.

Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.

Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa”pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat.” Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Fakta Kedua – Memakan coklat menyebabkan anda gemuk

Pengambilan yang melebihi adalah isu yang penting di sini. Banci yang terkini dari seluruh dunia menunjukkan bahawa keobesan sangat tinggi.

Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita sihat. Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.

Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian “Maklumat Harian” mereka di mana mereka menasihatkan untuk “mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan”

Fakta Ketiga – Pesakit diabetic boleh memakan coklat

Terdapat banyak perubahan dari segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit diabetic sejak 20 tahun yang lalu.

Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic Malaysia hari ini mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula dalam amaun yang kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kurang lemak boleh diterima.

Produk-produk diabetic adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada pesakit diabetic jika dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic boleh memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains makanan.

Fakta Keempat – Coklat tidak menyebabkan kerosakan gigi

Jika anda terpaksa berjumpa dengan doktor gigi kerana sakit gigi, anda mungkin tidak ingin untuk menyentuh coklat lagi untuk sekian lama. Cuba fikir seketika dan pertimbangkan fakta-fakta ini.

Kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.

Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga mengurangkan pengeluaran asid.

Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Fakta Kelima – Coklat tidak mengakibatkan sakit jantung

Di sini juga coklat merupakan sesuatu makanan yang tidak baik. Peningkatan orang yang mengidap sakit jantung di Malaysia adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan pergerakan yang tidak banyak.

Merokok, kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi lemak tepu merupakan penyebab yang utama. Pada masa yang sama coklat mengandungi phenol yang merendahkan lipoprotein tahap rendah (LDL kolesterol). Adalah difikirkan bahawa asid stearik dalam lemak koko atau lemak dalam coklat tidak ada kesan terhadap kolesterol di dalam darah.

Panduan yang munasabah untuk gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang serat tinggi, karbohidrat yang tinggi kompleks, lemak dan gula yang rendah dengan senaman yang teratur. Jika semua ini dipatuhi maka coklat yang diambil dalam amaun yang sedikit tidaklah menjadi masalah besar.

Fakta Keenam – Adakah coklat itu menaikkan berahi (aphrodisiac)?

Kenyataan ini mungkin benar.Walaupun belum ada makanan yang dapat dibuktikan kesan ‘aphrodisiac’nya tetapi coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan dipercayai mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang.

Perasaan ini dikaitkan dengan memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak akan mengeluarkan sejenis candu yang semulajadi yang diketahui boleh mengurangkan kesakitan dan menimbulkan perasaan yang seronok. Sebenarnya tidak ada satu pun candu yang dikatakan semulajadi ini ada dalam kuantiti yang besar yang mampu mengeluarkan perasaan yang luar biasa ini. Kemungkinan besar, kombinasi daripada ciri-ciri deria coklat, komposisi khasiat dan bahan-bahan ‘psychoactive’ yang bertanggungjawab.

Glenn Campbell, seorang pakar pemakanan berbangsa Australia mengatakan: “Memakan coklat adalah satu daripada keseronokan dalam kehidupan.” Dalam lain perkataan, anda tidak akan salah jika anda menghadiahkan seseorang itu dengan coklat.

Jadi, apalagi ambillah coklat kegemaran anda dan nikmatilah satu daripada hadiah yang paling lazat dalam kehidupan anda. Tapi, anda mestilah buat senaman juga!

Artikel ini telah diedit dari The Sunday Star, Ogos 20, 2000 (muka surat 22)
Rekha Naidu adalah seorang pakar pemakanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koko sila faks: 603-5512 8595

One Response to “coklat…yum yum..”

  1. knpa tak on YM..pelik..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: