sekilas
a simply life

pintaku yang terakhir

P2210661“Zam..Kenapa dengan kau ni?”, Ifa cuba bertanya kepada buah hatinya itu.
“Takde apalah.Aku nak balik”.ujar Zamri ringkas.
“Aku pun nak balik.”, Setelah menghantar assignment Pn.Junaidah, Ifa segera membontoti Zamri.Sepanjang perjalanan di dalam bas, Zamri lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah yang ditanya Ifa sepatah la yang dijawabnya. Tak berapa lama kemudian, Zamri bersuara.
“Kau tahukan aku macam mana? Tapi, kau saja nak kasi aku angin duduk sebelah Saiful. Tak boleh kau duduk atas kerusi? Kenapa mesti dekat sebelah dia atas meja?” Luah Zamri dengan perasaan bengang.

Ifa memang dah agak.Mesti sebab dia duduk sebelah Saiful,  Zamri jadi macam ni. Susah betul nak terangkan pada Zamri. Buah hatinya ini tak pernah nak memahami situasi. Ifa lebih rela diamkan diri dari menjawab setiap soalan dari Zamri. Jiaka dijawab katanya alasan. dia berpaling ke luar bas. Sakit hati melihat muka Zamri seperti orang tertelan cuka. Masam!

“Kalau kau sukakan dia pergilah kat dia”
Ah, sudah! Macam budak-budak lah dia ni. Nak tak nak terpaksalah Ifa memujuk dan mengaku kesilapan dia.
“Okey! Aku minta maaf. AKu tak sengaja. Sape pulak kata aku nakkan si SAiful tu. Kau ni aku nak letak mana? Dah lah tu Zam. Aku tak suka nak gaduh macam ni. Hari ni aku belanja kau makan ok.” Zamri masih masam.

“Janganlah macam ni sayang. Lain kali aku tak buat lagi. Please!” Zamri menoleh ke arahnya. Digenggam tangan Ifa. Ifa menarik nafas lega. Susah juga dapat kekasih macam ni. Kuat cemburu. Nak memujuk satu. Semua benda yang dibuat ada je salahnya. Sabar jelah Ifa!

**************************************************************************************

Ifa terdiam. Tak tahu apa lagi yang mampu dia lakukan. Bukannya dia tak pesan pada Zamri. Tapi, Zamri sengaja mengambil sikap sambil lewa. Tak pernah nak serious. Kadang-kadang kalau diikutkan hati nak aje dia tinggalkan Zamri. 5 tahun menjalin cinta tapi Zamri sering mengambil mudah tentang pelajaran. Sekarang!

“Macam ni yang kau nak buktikan pada mak ayah aku? Kau memang tak sayangkan aku Zam” marah Ifa.
“AKu dah cuba.Tapi,ternyata aku tetap gagal.” Zamri rasa bersalah. Bukan dia tak sungguh-sungguh nak belajar. Kadang-kadang dia teringatkan pesan Ifa supaya dapat keputusan cemerlang. Sekali dua dulu repeat paper boleh lagi Ifa bantu. Tapi, kalau dah kene tendang macam ni..nak grade pun tak dapat. Ternyata dia dah banyak kecewakan Ifa. Nak tunjukkan muka kat mak ayah kat kampung pun rasa berat je hati nak balik.

“Ini kata kau cuba. 2 pointer pun tak sampai. Assignment yang aku pesan tiap-tiap hari. Ada kau buat? Duit yang aku kasi untuk print out paper, mana kau belanjakan. Beli rokok kan? Dahlah janji kau pada aku nak berhenti rokok kau tak tunaikan. Suruh beri tumpuan pada study pun tak dapat. Macam ni ke calon suami aku.bukan minta kau bagi harta kekayaan kat aku. Cukuplah kalau kau berpelajaran. Itu pun susah sangat ke Zam?” hari ni segalanya mesti diluahkan.

“Macam-macam alasan aku bagi kat mak untuk tangguhkan pertunangan aku dengan Amir. Aku nak kau buktikan kau bukan lelaki yang takde apa-apa. Kau ingat mak aku suka menantunya macam ni. Mak kau pun belum tentu benarkan anak dia kahwin dengan anak orang kalau macam ni. Time study aku bukannya tak pernah rindu nak jumpa kau, bukannya tak pernah nak keluar jalan-jalan dengan kau. Tapi time study aku study. Kau dah lupa ke kita ada tanggungjawab pada keluarga lagi.”

Zamri dah tak tahu nak kata apa. Kali ni dia tewas. Dia terpaksa lepaskan Ifa. Tapi, hatinya terlalu sayangkan gadis di depannya. Belum pernah ada perempuan yang terima dirinya seadanya. Dia bukanlah sekacak mana. Nak kata kaya, selalu sangat dia balik ke rumah minta duit pada mak. Kadang-kadang Ifa sendiri hulurkan bantuan ketika dia sesak. Dia betul-betul silap.

Ifa tak macam gadis lain. Macam-macam yang Ifa korbankan untuk Zamri. Dulu time handphone Zamri rosak, Ifa pinjamkan dulu handphonenya. Tapi, Zamri hilangkan. Maknya bising betul bila dapat tahu. Siap nak gantikan untuk Ifa. Tapi perkara tu berlalu macam tu jer. Ifa bukanlah anak orang kaya. Dia sendiri ada keluarga untuk ditanggung. Semua yang dibuat bukan sekadar cinta semata-mata.

“Kau kena ingat ZAm. Apa yang aku buat ni semua nak bantu kau. Aku tak nak kau terkandas. Kalau boleh aku nak kita sama-sama berjaya. Biar orang pandang kau hebat. Apalah gunanya aku kalau tak boleh nak bantu kau.” Itulah yang sering Ifa ungkapkan padanya.

Bila dilihat muka Ifa, hatinya jadi serba salah.
“Maafkan aku!” Itu aje yang terluah dari mulutnya.
“Kalau kau minta maaf aku boleh maafkan. Tapi apa aku nak jawab pada mak. Kau dah lah takde kerja tetap. TAkkan aku lebih tinggi dari kau. Sekurang-kurang…entahlah. Kalau aku cuba,mungkin itu nasib kau dan itu jodoh kita. Aku percaya mak aku akan buat yang terbaik untuk aku. Kau baliklah dulu. MAlam nanti aku call”.

Begitu mudah Ifa memaafkannya. Kata-katanya membuatkan Zamri semakin bersalah. Entah berapa kali Ifa memaafkannya. Tapi Ifa tetap bersabar dan terus setia dengannya. Macam mana lah dia nak lepaskan gadis ini? Tapi,dia takde kejayaan yang membantu dia memiliki teruh hati gadis ini. Dia akur, sekurang-kurangnya dia perlu ada aset untuk meminang gadis ini. TAkkan nak amik anak orang macam tu jer.

*************************************************************************************************

Mak dan ayah berpandangan sesama sendiri. Inilah satu-satunya anak bongsu mereka yang tinggal. Hati ibu mana yang tak mahu lihat anaknya bahagia.

“Kenapa kau tak bagitahu dari dulu lagi? Kan senang nak jawab pada keluarga Amir tu. Ini tidak buat orang tertunggu-tunggu jer.”

“Bukan Ifa tak nak bagitahu mak. Ifa takut mak tak sukakan Zamri. LAgipun dia masih belum grade lagi. Nanti mak mesti bising sebab dia takda apa-apa macam Abg Zairi ker, Abg Zaidi ker?”

“Tak boleh ker tunggu dia dapat kerja dulu?” ayah bersuara.
“DAh lama kitorang kawan ayah. nanti apa pulak kata orang. Tak boleh ker kitorang nikah dulu.”
“Ini dah kira gatal sangat nak kahwinni. Ikut kau la. Tapi, kalau ada apa-apa masalah jangan kau cari mak. Ader jodoh baik kau tolak. Nak juga si Zamri tu. Entah apa yang dibanggakan sangat tak tahu mak. Dari dulu lagi mak perasankan budak ni. Macam tu jer!” mak setuju tapi masih nak mengungkit.

*************************************************************************************************

Hampir setahun mereka berumahtangga. Ifa sering sibuk di lokasi dengna filem terbaru yang akan diterbitkan nati. Zamri secara tak lansung bekerja disampingnya. Isteri mana sanggup lihat suaminya hidup tanpa pekerjaan. Apa yang mampu di bantu, itu sajalah dayanya sebagai perempuan.

Mungkin kerana terlalu sibuk kedua-dua mereka tidak mahukan kehadiran anak. Namun, Kedua orang tua mereka mendesak untuk melihat cucu. Tambahan lagi keluarga Zamri. Zamri anak sulung sudah tentu itu saat-saat yang dinantikan keluarganya.

Kandungan Ifa mencecah 5 bulan. Dia dah tak terdaya untuk turun ke lokasi melihat kru-krunya bertugas. Bukan dia tak nak turun tapi Zamri sendiri mendesaknya tinggal saja di rumah. Zamri seorang yang menggantikan tempatnya. Akhirnya dia berbangga dan mampu tersenyum melihat suami tercinta berubah. Sikapnya yang cemburu ketika sama-sama study dulu tidak ada lagi. Malah dia lebih rajin di saat Ifa mengandungkan anak pertama mereka. Semua kerja rumah diuruskan oleh Zamri. Nak upah orang gaji tak dikasinya. Tapi itujanji dia ketika bercinta dulu sering mereka berbicaraang kahwin. Kalau dia mengandung memang Zamri akan ambil alih tugas harian di rumah.

**************************************************************************************************

Entah kenapa Zamri sering tidak pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini. Ada juga Ifa menghubungi nya tapi tak dapat. Ndak tak nak dia try call Pembantu peribadinya di lokasi. Katanya shooting dah tamat. Tapi kenapa Zamri masih tak pulang. Bila ditanya ke mana. Katanya dia sibuk menguruskan seorang talent baru. Mungkin ke pejabat menguruskan production.

Lama juga dia tak ambil tahu hal pejabat. Duduk rumah pun bukan ada apa yang hendak dibuatnya. Tapi perut dah memboyot. Entah 2-3 hari lagi meletop lah dia.
‘Hai baby! Nanti bila keluar jangan jadi macam ayah tau. Jadi macam mak.’ getus Ifa sendirian.

Malam ini juga Zamri pulang lewat. Mungki di pejabat. Tergerak hatinya utnuk menjenguk suaminya. Di capai kunci kereta dan memandu ke arah pejabat. Dia tersenyum melihat kereta Zamri ada di situ. Kesian suaminya. Bertungkus lumus membantu untuknya.

Nasib baik lah lif pejabatnya baru dibaiki. Kalau tidak jenuh jugak dia nak memanjat tangga. Sampai di depan pintu pejabat sunyi. Tapi lampu terpasang. Dia segera masuk ke biliknya.

“Abang!” alangkah terkejutnya Ifa melihat suami sendiri bersama perempuan lain di situ dalam keadaan yang cukup memalukan.

Air mata tak tertahan lagi. Dia segera berlari keluar. Tak dihiraukan perut yang memboyot. Digagahkan jugak kaki menuju ke kereta. Zamri segera berlari mendapatkan Ifa. Rasa kesal semakin menjadi.

Ifa semakin laju. Hatinya terlalu sakit melihat perlakuan suami. Setelah bertahun-tahun dia berkorban dan bersabar dengan kerenah Zamri. Ini yang dibalasnya. Tak cukup ke kasih sayangnya selama ini? Anak dalam kandungan ini bukti cintanya pada Zamri. Apalah nasibnya sebagai seorang isteri.

“Sayang!” jeritan Zamri kedengaran. Dia terasa ingin mencabut telinganya agar tak didengari suara lelaki itu.

Zamri segera mencapai tangan isteri.
“Kenapa datang sini seorang diri?”
PANGG!!! Satu tamparan melekat pada pipi Zamri. Kenapa? Kepala hotak dia tanya kenapa? Kalau dia tak ke sini dia takkan tahu apa yang terjadi.
“Lelaki jenis apa kau ni?Kau tanya kenapa aku ke sini?Kau memang takde perasaan Zamri. Sampai hati kau buat aku macam ni? Betapa susahnya aku nak hidup dengan kau.Anak dalam perut ni…aku bawa ke hulur ke hilir untuk kau. Ini yang kau balas. Tak cukup ker apa yang aku tanggung dulu sebelum kita kahwin haa?” Ifa menjerit sekuat hati.

Perutnya terasa sakit. Kali ini dia terasa seperti ingin melahirkan anak. Dia hampir terkulai. Zamri memapahnya. Hatinya rasa tidak keruan melihat si isteri. Dibawanya Ifa ke hospital. Setibanya di hospital di di usung ke wad pembedahan. Sebelum masuk dia sempat berpesan pada Zamri.

“Aku tak rela kau yang pelihara anak aku.Cukuplah dia kenali kau sebagai ayah.Jangan kau tinggal sebumbung denngannya”

“Sayang. Jangan cakap macam tu. Abang masih cintakan sayang. Abang minta maaf.”

Berlalu si isteri bersama doktor ke dalam wad.Zamri resah di luar. bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. Dia benar-benar menyesal. Dapatkah Ifa memaafkannya kali ini? Ah, Suhaila tula puncanya. Kenapa mesti dia tertarik pada perempuan itu. Dia ada isteri yang setia. Ya Allah apa yang aku lakukan ini? Kau ampunkanlah hambaMu ini.

Setengah jam berlalu, tangisan anaknya kedengaran. Dia tersenyum. TApi, dia lebih khuatirkan isterinya.

Doktor keluar dan segera menyampaikan amanat kepada Zamri.
“Tahniah.Anak lelaki awak selamat. Isteri awak minta saya sampaikan yang dia tetap maafkan awak.”

“Dia macam mana doktor?”
“Maafkan saya. Isteri awak selamat kembali kepada Nya.Banyak-banyakkanlah bersaabr. Syukur kemaafan sempat diberi. Awak boleh melihat dia di dalam”

Tak! Tak mungkin…Ifa…
Ifa sayang! Kenapa tinggalkan Abang?

“Ifa!!!” jerit Zamri di situ. Doktor cuba menenangkannya. Namun segalanya terlambat.

Buat Ifa semoga rohnya dicucuri rahmat.
Buat Zamri semoga menjadikan hidup yang mendatang lebih bermakna.
Buat Razif terimalah kenyataan hidup dan jadilah anak yang soleh.
Amin!
” ”

 

4 Responses to “pintaku yang terakhir”

  1. cerita betul ke ni?

  2. cerpen je nila

  3. mcm pernah ku dgr tapi di mana ya?

  4. huhuhu…tak tau la penah baca ktne..tp ini mmg org yg buat sendiri cerpen ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: