sekilas
a simply life

apa pandangan anda?

aku tak tahu nk komen aper mengenai email ini.terkadang aku rasa wanita itu perlu menjaga kesihatan dan keperibadian yg murni untuk lelaki yang bergelar suami. itu hak dia utk menjado yg terbaik buat suami tercinta.dan terkadang aku merasakan si suami tidak berlaku adil jika dia hanya menyintai kerana fizikal semata2…

Baca la kalu free…..

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri…
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.  Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah  bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,          fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda memperbaikinya….InsyaAllah…….

One Response to “apa pandangan anda?”

  1. salam saudari
    utk bercerita pengalaman tentulah jauh utk dibicarakan kerana sy sndiri belum pernah merasai nikmat perkahwinan. walaupun secara jujurnya dahulu sy pernah tinggal serumah dengan kekasih dan bersekedudukan dgnnya, sy akui ia berbeza dgn perkahwinan sebenar. sewaktu itu, kita rasa bebas dan melakukan hanya utk seronok2, namun di gerbang perkahwinan, ia adalah fitrah alam dan melakukannya mendapat pahala. Utk melakukan seks bersama yg tersayang amat mudah, wanita itu harus ‘berbintang2’, al maklumlah kalau ‘bulan terang amat2lah tidak sesuai,lagi hanya memerlukan persetujuan kedua belah pihak, lokasi yg sesuai dan sedikit perasaan ghairah, namun bila memasuki alam perkahwinan, ia memerlukan byk aspek utk melakukan perkara itu. sebekum berkahwin, melakukan seks adalah seronok, fikiran kosong dan berasa sedikit bersalah, namun selepas berkahwin, melakukannya sj tidak mementingkan waktu, dan merasakan “..aku dah kawen, bila2 pun boleh buat..”. Biasa kita dgr, melakukan dosa lebih seronok dari berbuat pahala, nah! situ satu petunjuk, manusia ini tidak pernah bersyukur! Sy akui, lelaki lebih melihat luaran wanita, cara pemikiran, watak dan perlakuan, suka membanding2kan dan kadangkala ada yang suka bersaing kekasih@isteri siapa paling lawa. Saya pernah mendengar ada juga wanita yang suka melakukan sedemikian rupa tapi komen sy ini lebih kepada si lelaki. Kebiasaan juga kita lihat si wanita kalau berjalan bersama kekasih hatinya, riak wajahnya seakan bangga dan suka menunjuk2 kekasih hatinya pada org yg lain, apalagi jika kekasihnya itu segak, tinggi lampai, putih, kacak dan mempunyai sedikit ‘musle’ di sisi lengan, di situ dapat di lihat, wanita sbenarnya menjadikan pasangannya sebagai ikon utk bergerak lebih maju ke hadapan. Dan memperlihatkan pada yg lain, perwatakan serta kehendak wanita itu dengan memperlihatkan kekasihnya, maka dgn harapan, org yg melihat akan tahu ‘taste’ si wanita itu. Apalagi ketika itu wanita itu juga sama gandingan tidak mahu mengalah. Namun wanita itu lupa, kejadian lelaki ini tidak akan berubah dalam jangka masa yg lama, sedangkan si wanita, kalau sudah beranak 1, perutnya mula punyai kesan selulit, sedikit mengelebeh dan buah dada yg besar kerana mempunyai susu. badan pula naik dan muka tembam. Lelaki, si suami yg dahulunya kekasih hatinya itu masih seperti dulu, segak dan bergaya. Apa di dalam fikiran lelaki itu terhadap wanita? sudah menurun atau semakin meningkat? sedang dia masih gah, masih tahan dan nampak bujang! apa? lelaki ini rupanya sudah berkahwin dan baru punyai anak satu? mana mungkin? sedang dia nampak masih remaja.. Tidak perlu sy berceloteh lebih panjang, kesimpulannya, ia salah kedua belah pihak kerana mengabaikan sesuatu yg dahulunya di rasakan tidak perlu, pada wanita juga, hati2 memilih pasangan, jgn juga melihat luaran, dan jika benar mahu melihat luaran, pastikan dia ‘hodoh’ di mata org lain, jgn memberi peluang utk org lain tahu dia punyai seorg teman yg tidak tahan dugaan, dan saingan akan menjadi jawapan! Bagi yang lemah, dia akan ketinggalan, memang kadangkala mengundur adalah lebih baik, tetapi ia juga di kira satu kekalahan, kalau kita sayangkan seseorg, pastikan kita berubah seperti yg dia inginkan, dan dia berubah seperti yg kita inginkan. Jahat atau curang seburuk mana sekalipun, dia tetap kekasih@suami kita, dan wajah dia akan melekat utk setahun, dua atau sepuluh tahun lagi dalam ingatan dan lipatan kenangan, jgn menghukum dia dan diri dgn keputusan yg terburu2, semestinya masih ada jawapan selain perpisahan, kita yg memilih jalan itu, maka jika kita memilih jln yg sakit, pastinya kita akan sakit dan mengenangkan dia pun sakit, kalau sudah berganti, kesakitan itu kadangkala belum juga sembuh, ini semua kerana kita tidak memberi peluang utk memaafkannya dan menerima kesilapannya sebagai pengajaran bersama…

    nila31
    1.07am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: