sekilas
a simply life

saat itu sungguh memilukan

selamat pengantin baru

 

Semalam hari persandingan a.hadi dn kak fiza…satu family aku pegi kecuali angah ngn k.sham…maklum ler yg kawin tu pun a.hadi (abg angkat aku) dn kak fiza (sepupu aku)…meriah majlis smlm..ramai kawan2 ofis a.hadi dr JAKIM dan sedara mara die dtg…

 

aku pegi naik kete kak iza (dak ofis aku) ngn abg kordi ngn khalis…dan sesat sekejap ank buah aku Ajwad…gatal nk ikut aku…tiba kt rmh a.hadi, kebetulan pulak pengantin baru smp..segak warna merah menguasai dorg…ketika melewati dorg..kitorg sempat usik2 pengantin baru tu…aku berjalan dan terus menuju pd mak. dia dh tiba lebih awl dr aku. lps tu mak nk ke Beranang pulak.ader kenduri lg kt sane…aku amik kamera pd kak ida dan amik gambar a.hadi berarak ke khemah…

sedang aku amik2 gamabr terpandang aku pd seorang lelaki memakai baju kameja biru muda…lelaki itu ialah Atong…ye, mestila die dtg. kenduri a.hadi kawan sepejabat. lg plak a.hadi pun sggup dtg kenduri dia jauh2…dia pun sibuk bergambar….dlm bergamabr die sempat menegur..

“hai” aku membalas bunyi yg sama.

“dtg dgn sape?” tnye die. “dtg dgn budak ofis” perlu ke aku jwb dgn satu family skali dtg..huhuhuhu

selesai aku amik gambar aku bg kamera pd kakak aku dan menuju ke meja di aman kawan2 ofis aku duduk. smp pada julie..die mencuit aku dan menunjuk ke arah atong dan ister. Bahagiakan…sambil memegang anak yang comel, bersama isteri. perasaan ini terus merundum…entah kenapa…

aku buat2 tak nmpk walaupun sesekali mata mengerling. bacaan doa bermula…aku sibuk melayan ank buah aku, Iskandar  yg tak reti duduk diam. tiba-tiba, danial pulak nk ke tandas…cepat2 aku bawa masuk ke dlm rmh a.hadi (mcm rmh aku plk) tnpa memikirkn org yg memandang..aku cari tanda. selesai urusan aku..aku bg danial pd kak ida..sbb dorg dah nk gerak blk. aku terus amik makanan. td perut aku lapar..selepas melihat beberapa perkara, aku tkde selera sgt nk mkn.

time2 tu aku mcm perlukan seseorg tu ajak bersembang dn luahkan rasa di hati.tp tkt ahu pd saper…. aku terus makan semeja ngn rozie dan haider..lps mkn aku ajak masayu bergambar kt meja pengantin. dan terus menunggu giliran utk bergambar di atas pelamin. time tu terpandang lg aku pd suami isteri atong ngn miza bersama ank mereka…entah kenapa mata aku berair…apatah lg melihat persandingan a.hadi..aku kawal. terkeluar soalan dariapda julie..

“kau sedih tgk a.hadi kawen ke tgk atong dan family die?”

aku tk tahu nk jawab aper..tp tersentuh hati melihat kebahagiaan org lain. dan entah bile ia akan dtg pd aku. aku pulang dengan pelbagai fikiran di kepala aku….smp rmh aku kuar blk utk jmp shazlie…satu lg hal jd…aku bawa kete angah sbb kebetulan kete shazlie ader workshop. lepas isi minyak (die la yg isikan), tiba2 enjin kete takleh start. teringt kata ayah, bateri keta tu nk mampos…huhuhu…mmg betul sangkaan aku. mahu atau tidak lelaki yg bernama shazlie ini mendahulukan duitnye utk beli bateri kerete tu. entah apela nasb aku arini..tak psl2 termkn budi org…aku rasa berslh dan terasa mcm tk nk buat pape lg..dan aku terdiam smbil berfikir…apa yg aku fikirkan?? entahla…biarlah…

arrgghhhh…aku sdg sibuk uruskan proposal ni…

oklah..aku nk smbung buat keje ni….

6 Responses to “saat itu sungguh memilukan”

  1. kawan kita kawin,kita (K.K.K..K?)
    saudari,
    salam. memang kadang2 kita terasa bila kawan kita kawen dan kita tak kawen2, apalagi melihat kebahagiaan org lain bersama kehidupan baru yg mungkin lebih teratur dari dulu, bagi saya, ia terletak pada diri, mengatur langkah mengubah kepada yang lebih baik, pernah satu ketika dahulu sy merasai pengalaman yg sama, mungkin berada di tempat org tidak menyakitkan dari berada di tempat sendiri, tapi sekurang2nya sy pernah merasa apa yg awk rasa, satu pengalaman yang mengembirakan tetapi sakit utk dikenang, kalaulah ubat itu manis, mesti ramai yg sudi menelan mentah2 tanpa ada rasa sangsi adakah ubat itu pahit, manis kelat atau masam. Menjalankan hidup bukan mudah, ia seperti meniti pada arus jambatan yang hanya tinggal tali utk bergayut, pada yang handal dan punya pengalaman, pasti titian seraut tali itu bagai jambatan yg senang di lalui, hari demi hari, pergi dan pulang menggunakan tali yang sama, tapi pada mereka yg pertama kali, atau mungkin kali kedua melaluinya, pasti keraguan meresap di dalam hati dan cubaan utk mengelak titian itu.
    saudari,
    bekas kekasih sy yg menetap di Ulu Yam kini telah masuk anak ke-3 dan melalui hari2 yang bahagia bersama keluarga barunya itu, perkenalan sewaktu zaman belajar dan melalui hari2 bersama amat menggembirakan, tetapi kalau bukan jodoh utk bersama, mati hidup semula pun dia takan jadi milik kita, yang pasti, kita tidak mati kerananya dan dia akan hidup seperti biasa, yang membezakannya adalah kebahagiaan yg dikecapi si dia dan si kita, kalaulah kesempurnaan hidup ini diberi sama rata, tentu tiada rasa kesyukuran dan kebahagiaan yang baru kita rasa, sesungguhnya, hidup penuh liku, onak duri dan pancaroba, terpulang pada kita utk mencari cara melaluinya, utk mengelak sesuatu yg buruk perkara yg baik, tetepi meluinya dalah lebih baik demi menempuh hari2 mendatang dengan lebih bersedia. Dan kalau kita tahu apakah keburukan atau malapetaka yg bakal kita lalui, tentu kita bukan manusia, kerana insan bernama manusia, yg sudi memikul beban dan tanggungjwb sbgai khalifah, tentu saja ada cabarannya, akui bahawa hidup kita telah di tentukan, baik yg datang berupa seribu wajah suka dan duka.

    saya masih seperti ini, berjalan sendiri dan tidak punya insan yang bertahta di hati, hidup bukan utk kecewa, tetapi kekecewaan itu mengajar erti utk hidup. jika ditakdirkan suatu hari sy punya insan tersayang, pastinya bukan kebahagiaan yg sy cari, tapi keserasian yg utama, kerana dari satu hati yang luhur pasti wujud kebahagiaan tanpa dicari, kalau org pernah kata “sayangilah org yang menyayangi kita” tapi sy pula menambah “serasikah org yang serasi dgn kita”?

    soal kawen bukan kerja kita, dan bukan juga kerja Tuhan, ia telah di tentukan, hanya tanggungjwb utk berkahwin dan kejadian alam yg lumrah seorg manusia itu harus berpasangan utk melaraskan naluri hakiki seorg manusiawi yg lain. Di situlah kesempurnaan akan terjadi. hayati istilah perkahwinan dan ia berbeza dgn istilah kebahagiaan.

  2. terima kasih atas nasihat itu..
    saya sgt menghargainye…adakalanya saya sendiri tidak sedar dengan kecewa itu sy sebenarnya bahagia…

  3. kalau mahu lebih mudah, Berdoalah agar dipermudahkan sesuatu perkara,dalam blog awk, sy jarang melihat awk mengatakan yg awk mengadu pada Tuhan, sedang dari Dialah dtgnya segala kebaikan, awk lebih mengadu pada kekasih, kwn2 dan teman rapat, sy faham, awk punya ramai kwn dan abg angkat, tapi apakah salahnya berdoa pada Pembuat Kejadian?

  4. silap tekaan itu…mungkin saya sekadar berbicara dan meluahkan rasa hati serta apa yg terlintas di fikiran…adakah krn sy tidak menulis kepada maka itu boleh ditafsirkan sbg tidak melakukannye…

    terkadang kita alpa…tapi bukan pada yang Maha Esa

  5. faham..tetapi tulislah kepada yg lebih utama, terkadang pemikiran manusia berubah2, dan kemudian beransur dengan insan sebagai makluk perhubungan kedua, sekadar pandangan, lihat dan dgr namun kebaikan hanya di ketahui penulis, bersahaja, agar ia nmpak lebih baik dari apa yg di tafsirkan…

  6. terima kasih ats nasihat itu..akan diusulkan kemudian hari jika ada kelapangan dan terniat dihati..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: