Happy Birthday!

November 3, 2009 sekilas 6 comments

Selamat hari jadi,

selamat hari jadi,

selamat hari jadi sayang,

selamat hari jadi….

fuhh…tiup lilin……..

birthdaycake2

Cewah….selamat hari jadi kuucapkan kepada Ahmad Fakhri Habib. Disebabkan my cinta nun jauh di mata, tak dapatlah berjumpa untuk pegi makan-makan ke…pegi jalan-jalan ker..huhuhu…sabo jela.

Malam tadi dah wish…dia kata “thanks cyg, ingatkan lupa tadi”..owh..mana boleh lupa! cuma lambat sikit je wish…maybe aku bukan orang pertama yang wish..but at least, aku wish….dan dia tetap no. 1..hehehe.

Doaku semoga dia dipanjang usia, dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dunia akhirat…semakin kuat iman…semakin hensem, semakin kaya..owh…i like it..hehehe…leh kawen cecepat kalau dah banyak duit kan kan kan…cewah!

yang paling penting, dia semakin sayang pada aku..hahahahaha! ada ka patut? patut la kan…aku punye suke la nak doa ape…huhuhu…janji doa ke arah  kebaikan. ye tak?

 happy birthday

haaa…….besau tak? hehehe…..takde ape nak bagi….tepek jer gambar ni kat blog.abis citer kan..kuang kuang kuang.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.!

Sekilas : can’t wait to see him again and again and again..muahahaha

kepantasan menaip anda, cubalah.

November 3, 2009 sekilas Leave a comment

waktu aku jenguk-jenguk blog akak aku, aku terbaca komen dia. ada la sorang blogger ni cakap kalau nak test kepantasan menaip dia bagi satu link, dan aku pun click. suka giler aku. aku tahu maybe aku tak lajus angat menaip. kalau aku melihat keyboard ni agak laju la..klau tak tengok , banyak jugaklah yang salah. hehehe…

http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/ —— sila lah click link ini yer…!

uji kepantasan anda menaip. selamat mencuba..

Categories: aktiviti Tags: ,

this is November

November 2, 2009 sekilas Leave a comment

sekejap je ye masa itu berlalu.maknanya sekarang ni dah 3 bulan aku kerja kat KSM ni. Alhamdulillah, dapat kerja yang ok, suasana yang ok…dan kawan-kawan yang ok.

tapi 3 bulan gaji, takde lagi dapat menyimpan..huhuhu…sabo jela….

bulan lepas aku ngan semua dak-dak PKS ni buat kerja-kerja untuk development. tapi dah selesai 30 Okt aritu. dan sekarang, kembali kepada kerja-kerja asal kami untuk maintenance department. Hidup JobsMalaysia…ceh!

nothing special to story about…just nak borak-borak kosong je. boleh? boleh la…boleh la…

keje uuntuk semakan modul pun dah buat.t akt ahu nak buat apa dah ni. tu yang menghudet blog sayangku ini. hari ini 2 Nov….tomorrow 3 Nov…birthday my cinta.. =)

sayangnye dia nun kat Sarawak..tak dapat nak clebrate…lagipun, nak celebrate pun tak leh..takde bajet…hahahaha…

tak taw lar apo nak bagi kek mamat ni…no idea…hurm….banje makan jela kalau dia balik sini. huhuu…tapi, aritu tanya bila dia balik. dia cakap ujung tahun ni…lambat la maknanya nak banje makan tu..hehehe…

hmm…ramai jugak yang dah berhenti kerja kat sini sebab dapat kerja lain. aku ni tak tahu lagi la rezeki camne. 14 okt aritu aku ader gi interview untuk penerbit rancangan B27 kat SPA. jadi orang pertama plak tu yang masuk bilik tu. tak tahu lar result dia camne. 14 Nov nanti baru leh tahu. korang rasa2 aku leh dapat tak? sebab ada soalan yang dia tanya kat aku, aku tak pasti nak jawab ape…soalannye “apakah masalah sebenar Indonesia dan Malaysia sampaikan Indonesia tu bencikan kita?” “saya tak pasti, sebab terlalu banyak masalah” panel tu tak puas hati dengna jawapan aku…sebab ape…camne aku nak jawab, semua benda dia dah cakap dah sbelum aku jawab. emosi betul dia bila cakap pasal hal ni….last’last dia sempat tanya aku “awak ni orang Indonesia ke Malaysia” hahahahha…sib baik aku warga Malaysia yang sejati. kot tak, aku mengamuk kat situ..hehehehe…

ade banyak perkara aku tunggu bulan ni….tunggu esok untuk birthday my cinta (macam lah dapat jumpa dia kan..huhuhu), tunggu 13 Nov untuk masuk gaji  (giler lambat..duit dah takde ni)…tunggu 14 Nov untuk result SPA…dan tunggu bulan jatuh ke riba..hahaha…takde kaitan langsung…

oke la…November datang lagi….sambung bicara di lain hari….selamat bekerja dan selamat bercuti dan selamat……err….yang boleh diselamatkan kita selamatkan lah yer….byebye…caaaaaauuuuuuuu…

zulfadhli

picture of the day : Setem buatan sendiri dengan gambar Menteri Kewangan akan datang!!

comel kan kan..geram tul ngan anak buah aku ni.

sekilas :  sejuk ni kat opis…

sekilas : sejuk ni kat opis…

tahniah!

October 30, 2009 sekilas Leave a comment

Yeah…horey………

seronok la kan kalau akhirnya, setelah aku belajar bertahun-tahun (ala 2 tahun lebih jer) aku telah menaiki pentas dan bertemu dengan Naib Canselor aku, Ibrahim Abu Shah untuk menerima Ijazah aku…huhuhu…..

well, hari bersejarah jugak la dalam hidup aku apabila family aku sorg pun tak datang….wakakakaka….actually, jatuh hari bekerja, dan parents aku maleh benor nak tunggu aku kuar…yela, aku paham. dorang malas nak tunggu lama-lama kat dalam dewan. Ye mak…dan alasan dorg terbaik jugak, ala time diploma dah penah tengok. Bila aku cite kat kawan2 aku, dorang kate…”la…kesiannye kau. bukan selalu pun”..huhuhu….aku okey jer…

nasib bek juga ada kawan-kawan lain yang dtg..tp paling penting My Cinta sanggup terbang dari Sarawak dan apply cuti untuk menghadiri majlis bermakna ini….Terima kasih sayang, kuucap padamu (sila nyanyi mcm awie okey)…TErima kasih untuk semua yang sanggup menunggu (ala berapa org je tunggu…hahahaha)

Layan ini gambar daaa…..

DSC_0515

with my bestfriend..kitorang dapat nombor sebelah-sebelah jer…macam yang aku penah updet sebelum ni kan….

DSC_0551 

Girangnye wajah aku….excited ni, sebelum nek pentas..

DSC_0660

dah kuar terus aku jumpa My Cinta….tima kasih…agaknye lama ek dia tunggu..hahahah…dengan tak makan lagi dari pagi….

DSC_0649

Ini je batch aku dari diploma…yang lain semua postpone..takmo grad lagi..tinggalkan thesis…so, kitorg berlepas dulu la…semoga mereka pun berjaya melaluinya seperti kami…

DSC_0776

Paling penting sekali aku bersyukur kehadrat Illahi kerana tanpaNya pasti aku tiada di sini…Syukur Alhamdulillah…

Semoga korang enjoy tengok pic yang tak seberapa ni….neway, aku ucap tahniah jugak pada rakan-rakan yang lain…semoga kalian dapat pekerjaan yang baik, gaji yang bagus..dan jangan lupa untuk belanja aku makan….oke!! bukan di WILLIAM>>>ia diharamkan..huhuhu

DSC_1032

Sekilas : I feel lucky…

Jamuan Hari Raya KSM

October 30, 2009 sekilas Leave a comment

Hye..semua, disebabkan aku baru sahaja selesai menyiapkan tugasan aku…Lagipun harini memang hari terakhir untuk menyemak SSM dan IDB…pergh..takde ribu riban plak kan..sampaikan aku tidak mempunyai kesempatan untuk menghupdet blog kesayangan aku ni.

Okey..dimulakan dengan jamuan hari raya waktu raya aritu al kan..hehehe..dah nak masuk raya aji dah pun..aku baru nak updet..pedulik la kan..ader aku kisah…mula-mula anjuran Department aku..apstu anjuran KSM kat parking bawah sebelah dengan blok sebelah tu..enjoy gamabr berserta descriptionnye yer….

k.Nurul, Lily, Nida, me

oke..ini gambar tgh mentedarah..tgk lily tu, pantang nampak kamera. toksah pelik tgk mesin fotostat kt blkg tu. nama pun kat office. tapi rasanya, aku dah rasa macam kat cyber cafe jer…..nak tahu knp..tggu gambar seterusnya.

DSCN0801PA120259

seperti yang kalian lihat…di hadapan wanita-wanita ini terdapat PC yang berderet…haa….PC itu sebenarnya mengelilingi meja tersebut….dah mcm kat cyber cafe la kan kan kan….okey kite tgk lagi gambar kami makan-makan yer..

makan

hahaha..saje je gambar makanan ni kasi besor…itu adalah sebahagian daripada makanan kami…ada lagi besor…tang yang pinggan kosong tu abaikan lah..hahaahhaha..tut andanye dah licin…

di hadapan pintu masuk BPMDSCN0807

aha…ini seme PKS macam aku..kuikuikui…ader yg takde dlm gambar ni…tapi mana yang dan jela yer. sape takde tu takyah lar terasa..aku nak updet blog aku, bkn blog korang..hahahahaha….ikut suke aku la kan…

lepas ni…ader lagi gambar jamuan hari raya…..tp..malas la nak updet…aku nak updet benda lain yg lagi besh..ni pun sebab akak aku tuh dah updet kt blog die..mana aci kan kan kan….hehehehe

adiosss……

sekilas : ramai yang dah benti keje…

Categories: friends, work Tags: , , ,

agak lama tidak updet blog

October 15, 2009 sekilas Leave a comment

Hye semua….

ikutkan byk juga cerita aku kali ni…tapi nak sart mane pun tak tahu…

so…after this day, maybe aku akan post sikit-sikit beserta gambar aktiviti-aktiviti aku yang telah berlalu tu…huhuhu

buat masa ni malas lagik…aku ngantok. tengah ahri tadi ader jamuan hari raya anjuran KSM dan Puspanita…jadi makan banyak-banyak…sampai perut sudah kenyang. mata pun mula kuyu…

oh tidak….

 

to be continued…

Categories: aktiviti

excitednya aku

September 30, 2009 sekilas 2 comments

tadi tengah ym ngan Satilah tetiba ader msg masuk kat ym lagi ‘Mei Ling’ …sape nama betul die eh….aku lupe lar..dia tanye no giliran aku utk konvo nanti. lepas tu tergerak hati aku nak tengok laman web konvokesyen dan semua nama dan giliran sidang sudah ade senarainya…Aku no 15…dan aku duduk di sebelah Satilah…yeah! dapat jugak duduk sebelah menyebelah…byk ler gambo kita berdua nanti..cewah!!

giliran sidang

sekilas : akan mula apply cuti pada hari tersebut…

Ada ketikanya aku akan merindui waktu itu…(part 1)

September 30, 2009 sekilas 2 comments

time aku berjalan menuju ke office pagi tadi, tiba-tiba aku rasa aku rindukan sesuatu…rindukan suasana itu..dan semua orang itu dan juga diri aku pada ketika itu.

aku rindukan zaman belajar aku. =) dari aku sekolah rendah, sampai sekolah menengah dan sampailah aku menjadi pelajar UiTM di FSP/TEKA. entahlah, time aku berjalan tu aku rasa macam boringnya life macam ni…mengadap kerja je…(hakikatnya takde kerja)…

itu yang buat aku teringat waktu belajar….huhuhu…sadis kan ayat aku..(macam hareemmmm)…

dulu time aku tahun 1- sampai tahun 4 aku sekolah kat SK Jalan Pasar 2. sape-sapa yang pernah dengar, pernah lalu, pernah sekolah kat situ, tahu la sekolah tu kat mane.  Dan antara nama kawan yang aku ingat time skolah tu dulu ialah Nuri Musfirah, Haziqah (anak guru besar), Azlan, Azizan, Imran Syah, Farah Wahidah, dan ada lar satu dua wajah yang aku ingat tapi aku lupa nama dorang. itu pun nama-nama yang aku ingat ni pun ader sebabnya..kalau tak aku tak ingat jugak.huhuhu….

Dulu time sekolah rendah kat sini ada lah sikap aku ni macam ganas2 sket…ala-ala tomboi kecik lar..huhu…aku kawan ngan budak-budak lelaki. Main pemadam, main bola guna kertas tu siap buat tiang gol. men pensel, tutup botol…Malah aku duduk kat sebelah lelaki, nama budak tu Azlan…ha..sebab tu aku ingat dia. budak ni tinggi dan besar badan dia. cam leh jadi bodyguard aku lar. Waktu tu, aku memang duduk sorang pun, pastu Azlan ni baru masuk sekolah tu, aku suh dia duk sebelah aku. kusi sebelah kosong kan. start tu, kitorg kawan. tapi time tu jela..sekarang sah2 aku tak tahu dia kat mane…

Lepastu, aku ni dulu suka gaklah pinjam duit orang….atau dalam erti kata yang agak kasar sket..aku ‘pow’ duit orang. korang tahu berapa aku ‘pow’ ? tak banyak pun, 20 sen je..huhu. tp time tu 20 sen pun dah rasa besar dah. Dan orang yang selalu aku ‘pow’ ni nama dia Nuri Musfirah. huhuhu…aku dengan dia ni kira baik jugaklah…sebab tu budak ni selalu bagi aku 20 sen bila aku minta. tapi aku ingat dia buat-buat tak tahu. sekali bila ayah aku datang sekolah dia ngadu kat ayah aku kata aku pinjam duit die tak bayar-bayar. hahahaha…kan dah kantoi…ayah aku pun tanya berapa..setelah dikira-kira time tu adala jumlahnya dalam RM4…ayh aku pun bayarkan. huhuhu…banyakkan sampai jadi RM4…dengan Nuri ni pun aku ader kes skali ngan die smpai kena menghadap guru besar. Ada satu hari dulu tu, kitorang ni dah takde kerja agaknya. cikgu takde dalamkelas ke ape ntah. kami main gunting. mula-mula aku gunting rambut dia dia gunting rambut aku. gunting sikit jer. macam takde efek pun lah…pastu die pi gunting kening aku..aku pun apa lagi, gunting lar kening dia. tapi punye bebal kami ni dulu, kening si Nuri ni dah lar nipis. halus-halus plak tu..sekali aku gunting langsung minah ni takde kening. tak ke haruuu….agaknya dia bengang dia takde kening dia pi ngadu kat cikgu dan akhirnya kami di hadapkan pada guru besar. memang kelakar abis…bila balik sekolah, akak  aku (kak shila) nampak kening aku macam cacat sikit..aku suh rahsiakan dari mak. Tapi bila balik rumah dia bengang ngan aku sebab mak aku suh dia masakkan maggi untuk aku dia pi pecah lubang…dah sudah mak aku bising tak pasal2…alhamdulillah, mak pi bakar buah keras sapu kat kening aku, then kening aku lebat cam biasa. hehehe mongok betul aku time tu.

okey…lepas tu, dulu ada sorang budak kelas aku ni pandai matematik. tapi dia ni kecik jer orangnya. kira klau dalam barisan die ni akan duduk depan sekali la sebab rendah. dan satu lagi die kalau sebut huruf R lain macam sikit. kalau perkaraan ‘rasa’ dia akan sebut ‘ghasa’. lain macam la kan….’roti’ jadi ‘ghoti’ huhuhu….layannnn….nama dia Azizan…klu tak silap aku la..huhuhu…

Haziqah ni plak..anak guru besar…dah memang lar aku ingat dia tu sape…pastu die suka ikat rambut japgi macam ada riben2 kat rambut die. rambut die ala-ala curl la time tu..dan die ni tinggi jugak orangnya…

sorang lagi kawan aku ni yang sememang-memangnya aku ingat, Farah Wahidah Mohd Shah..betul ke?? huhuhu…dia ni aku ingat sebab dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah dan sampai sekarang tak lost contact lagi. alasan terbaik, kami memang satu sekolah dan dia pun still duk pandan indah. jumpa tu tidaklah selalu. tapi last sekali aku jumpa dia time buka puasa ngan dak-dak sekolah Pandan indah. hurmm..kire masih keep dalam sentuhan la kan..huahuahua….

Dan lagi sorang Imran Syah ni aku ingat sebab kakak dia tu bestfriend kakak aku…dan sampai skrg kakak aku masih keep in sentuhan dengan kakak die…dan aku pun adalah 3-4 bulan sekali dapat menghubungi mamat ni..huhuhu…time aku keje kat Teraju Reka dulu ada juga mat ni datang lepak minum ngan aku. tapi lepas dia dapat keje kat Johor kot tak silap aku..langusng dah aku tak jumpa. apatah algi di hari raya…aku jumpa kakak dia jer..huhuhu….

sebab-sebab seperti di atas lar aku masih ingat beberapa nama kawan-kawan di sekolah jalan Pasar dulu…

2M

Okey tolonglah cari aku dalam gambar ini….dan kalau korang ingat mana satu azizan tolong bgtahu..aku lupa lak muke die camne..huhuhu…kill kill die die..mongok nopa ni.

orait…aku sakit pewot la kawan…nanti aku sambung story lagi. tadi makan roti canai + nasi lemak buatkan perut aku memulas plak.

sekilas : dah dapat jadual keje tapi macam takde keje jugak..hahahaha. sebab tu aku rajin memblogging.

anda masih dalam mood raya??

September 29, 2009 sekilas 1 comment

Selamat hari raya…kita masih dalam mood raya. hari ini aku ingin upload beberapa keping gamabr yang sempat aku amik sepanjang aku beraya sakan (raya pertama je sakan)…

takmo citer apa2 sangat…nak kasi korang tengok gambar jer. kalau ader pape nak tanya…sila tinggalkan komen ye kakak-kakak, adik-adik, abang-abang, pacik-macik, huhuhu…ada plak macik pacik nak baca blog aku. eh, En. Norman pun baca blog saya jugak ke?? huhu…mekasih yer, tak tinggal komen pun takpe En. Norman. smile..slamat hari ghaye, maap zahir batin…

DSC04348    DSC04355   DSC04333 DSC04329  DSC04321  DSC04304  DSC04283  DSC04310  DSC04320

ok…kebanyakkan adalah kamera henpon aku yer..jadi byk gambar aku la kan..itupun nasib baik Aisyah (anak buah) ada leh tlg amikkan gambar utk aku..kalau tidak?? haruu……nak tunggu kamera akak aku jela…huhuu.

10733_1214408353633_1031540167_30685274_3039128_n  with my cinta  10733_1214408473636_1031540167_30685277_7641334_n  10733_1214408553638_1031540167_30685279_6390175_n DSC04377  DSC04376 

ader gambar aku cilok dari fesbuk Julie…dan lain-lain dari henpon ku yang separuh sengal tu tanpa sebarang editing ye…huhuhu..

okla..slamat hari raya sekali lagi aku ucapkan…

oh tidak!

September 28, 2009 sekilas 2 comments

aku rasa masalas betul nak bangun pagi tadi.syoknye klu dapat tido lagi. dah ler kat opis ni cejuk..

nak buat apep2 pun rasa malas…nak taip blog ni pun malas…

okla…nnti rajin updet lagi. sejuk ni..tido pun best gak …hahaha…

sekilas : my cinta sudah berlepas ke Sarawak..gonna miss him.

Categories: work

Alhamdulillah, selamat kita menunaikan ibadah berpuasa.

September 23, 2009 sekilas 1 comment

Selamat hari raya semua….

macam mane sambutan raya kali ini? meriah atau suram? pada yang menyambut dalam kemeriahan tu, alhamdulillah..bersyukur lar kita selalu…sebabnya, jangan terlalu gembiran dengan kemeriahan itu. takut-takut sekejap sangat kita merasainya…terduduk kita nanti. aku rasa korang macam paham lar maksud aku aper. pada yang menyambut dalam kesuraman tu, banyak-banyakkanlah bersabar dan berdoa kepadaNya. mungkin kalian kehilangan insan tersayang, atau mungkin tempat tinggal sudah tiada, barang-barang tiada, serba kekurangan dan sebagainya. itupun kita tetap perlu bersyukur kerana Allah telah menguji kita dengan dugaan seperti itu.

Okey..apakah cerita raya korang? hurm…aku takdelah cerita sangat. hari jumaat aku dah balik rumah mak. Sabtu tu konon-konon tolong mak lar kemas-kemas rumah. tapi hakikatnya, aku cuma tolong pasang langsir jer dan tolong memasak untuk waktu berbuka lepas tu. Lepas buka puasa tu, tunggu my cinta datang sebab kitorang nak gi jalan TAR nak shopping raya untuk kali terakhir. (shopping la sangat).  Sampai jalan TAR, seramai manusia yang berpusu-pusu melangkah kaki kat situ. ingat aku je nak hsopping last minute. lagi plak, kenapa dorang ni tak balik kampung. sibuk jer nak sesakkan KL tu.

Dari jam 9 malam…sampai 1 pagi baru dapat apa yang diinginkan. itu pun aku dah penat gile. My cinta dah berpeluh-peluh. tapi tetap sabar melayan karenah aku ni..huhuhu.. mekasih ye syg.  kaki dah lenguh-lenguh. dapat je apa yang itorg nak beli terus cari jalan keluar. itu pun terpusing-pusing gak pi tanya orang mana SOGO. dah tak nampak jalan aku dah. sampai dalam kereta..seribu kelegaan..

okey. smpai rumah dah tata titi tutu dengan my cinta….gayut-gayut jap. pastu dia kata nak gi pump minyak. so..letak fon. lepas dia isi minyak dia call balik“yang, wallet tertinggal dalam handbag awak” wawawa…..harus dia berusaha patah balik datang rumah aku. time tu dia dah sampai midvalley kot. huhu jenuh pusing balik. nasib baik tak banyak kete pada jam 3 pagi itu. huhuhu….

kasihan dia..nak wat camne. lenkali jangan letak dalam beg saya lagi okey.

pagi raya itu, Kak Ida yang telah bertapa di rumah seawal hari jumaat telah menyediakan hidangan di ruang tamu. Mak ayah gi smayang raya. Pastu angah datang, Abang datang..kak shila datang. al kisahnya, kami tak sempat bergambar satu family seperti raya-raya sbelumnya. sebab ada yg pi raya rumah jiran lar…ada yang sampai lambat lar..ada yang nak gerak cepat2 la..dan sebagainya. sabar jela. agak frust jugak la…

takpe…pastu kami beraya rumah sedara 2-3 buah rumah sampai la ke rembau. last destinasi, semua berpecah, angah balik melaka, abang balik pahang, kak shila balik……BANGI. hahahaha…… dia sibuk balik rumah sendiri. oh yer! anak dia Zulfadhli demam dan meragam. muntah-muntah. so kesian dengan si kecik itu, sampai muntah kat baju raya aku. sabar jela fadhli oiii….dia balik la nak bawa gi klinik. risau kan budak kecik bawa jalan jauh2. dan sepanjang balik tuh, aku sempat call HotFM buat ucapan raya untuk adik beradik aku. aku call tu dalam kul 4 petang. korang tahu kul bape die ke udara kan?? kul 8.30 mlm baru aku dengar ucapan raya tuh..sabar jela…

aku mak ayah dan kak ida sekeluarga teruskan perjalanan 2 buah rumah lagi…dan sampai rumah dalam jam 9 mlm kot…hurm…aku dah buka-buka baju pakai tuala nak gi mandi (sila jangan berimaginasi)..terus tertido di atas tilam dan memeluk bantal ku yang empuk itu..bestnyerr….terjaga dalam kul 10 mlm..pi mandi…huhuhu…. pastu sambung tido balik..lalala….

okey, just for now my story about 1st day raya aku…..korang ader cerita..leh share ngan aku…kalau nak lar..kalau taknak takpe…lalalala

Sekilas : Seronok! akan updet gambar kemudian. TQ.

Bahang sudah terasa. Senyum semua, jangan sedih-sedih okey!

September 18, 2009 sekilas 3 comments

Assalammualaikum dan selamat pagi Malaysia.

Alhamdulillah, kita masih menghirup udara segar milik Allah ini. Semoga setiap apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah.

Ehem…hari ini aku lewat sket siap. tak bangun sahur. kemudian bangun plak ketika azan Subuh sudah bergema. tak gosok baju lagi. bangun masuk toilet jap, cuci muka. terus turun bawah, angkat kain baju yang aku sidai semalam. pastu cari baju nak pakai. gosok. mandi…kuar toilet dah 630am…pergh….agak kelam kabut jugak pagi ini. apabila selesai sudah..aku turun bawah dengan tudung pun tak siap pin lagi. hahaha…

ok. abg zaire gi pertonas jap. nak isi gas. tapi, takde orang. still close tmpat gas tu. pastu dia gi Maybank. pastu sudah tentunya pagi itu telah menampakkan cerahnya sang mentari. huhuhu…selalu kalau gi keje tu, gelap-gelap lagi la.

Tiada masalah sepanjang perjalanan. sempat dengar panggilan hangit ulangan. kemudia, jalan tak banyak kereta. menakjubkan, bukan? sampai kat KTM Serdang, aku turun dan bergerak pantas sebab jam dah kul 7.16am. biasanya, time-time ni bas dah penuh. dan kalau aku lewat skit lagi, bas tu pun jalan.

memang lepas aku lintas jejantas tu, bas dah bergerak skit. aku tengah on call ngan Kak Ida…hold on jap..lari-lari anak gi kejar bas. Berjaya! dapat duduk pulak tu. Sekali lagi ia menakjubkan. hahaha….Takde orang berdiri langsung. Konduktor bas siap leh bagi tiket sambil membEtul-betulkan topi dia. kemudia tarik tiket dengan lemah gemalainya. Al maklumlah, takde orang.

DSC04289

cuba tengok konduktor ni, rilek je dia buat keje. tu tengah bersih-bersihkan tiket la tu. cait!

Itu menunjukkan bahawa ramai orang yang naik bas pagi-pagi sekali ngan aku tiap-tiap hari tu dah bercuti untuk menyambut lebaran. aku harap dorang cuti la hari-hari..leh aku dapat duduk selalu. wakakaka….Dengar radio tadi pun, takde kesesakkan lalu lintas kat bandar-bandar. kecuali jalan-jalan nak ke lebuhraya tu..orang dah start balik kampung dah. Pandu berhati-hati la yer…

Apa-apa pun, dikesempatan ini aku inign mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali diriku…maaf salah silap aku yer.. halal lah makan minum mane terlebih terkurang tu…minta maap sangat-sangat. aku ni insan biasa…selalu sangat buat silap (ntah bila tak buat silap tatau)…

semoga raya kali ini dapat memberikan sinar baru kepada kita..Amin.

sekilas : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, IKHLAS DARI NORFADHILAH MAHDI. 

Categories: masyarakat