Segala Yang Indah Ada di BUTIK eDast
PERHATIAN! Ini adalah sticky post dan ia akan kekal untuk beberapa hari. Untuk post yang terbaru sila scroll ke bawah. TQ!
Segala Yang Indah Ada di BUTIK eDast
Kalau korang rasa nak beli tudung secara online, aku ader satu link yang mungkin menarik perhatian korang. Laman blog/online boutique ni adalah milik seorang wanita yang comel dengan nama penanya eDast. Beliau memiliki sebuah butik di Serdang dan turut menjalankan perniagaan secara online. Selain tudung-tudung beliau yang cantik menarik tertarik tu, beliau juga menjual selendang, kasut, baju dan sudah tentunya ia untuk kaum-kaum wanita macam aku ye. Tapi, bak kate eDast, takkan semua barang dia jual kat butik dia nak tepek kat blog kan. cian la die nak snap seme gambar. So, klau korang tak pueh hati nak tengok banyak lagi barang-barang yang dia jual, leh terus ke alamat NO.7G, BLOK E, JALAN 18/14, TAMAN SRI SERDANG, 43300 SERDANG SELANGOR. Kalau malas, terus je ke butik online beliau di http://edast-onlineboutique.blogspot.com/.
Antara banyak-banyak blog butik-butik ni, blog ni kelihatan sangat teratur dan kemas dari segi pemberian maklumat kepada orang-orang blur macam aku ni. Kalau korang tengok di butik online beliau, ada menu maklumat yang boleh korang baca dari segi cara pembelian, syarat-syarat, lokasi butik, dan lain-lain. Malah, barang-barang yang dijual pun diletakkan pada menu-menu khas supaya senang untuk pembeli mencarinya. Menarik kan? Malah blog ini juga macam mesra pelanggan , mudah dan cepat! cewah, ingat orang je leh mesra-mesra. Tapi, kalau eDast dapat menceriakan blog eDast mungkin lebih baik kan. Maybe tukar layout yang lebih santai, dan ada ciri-ciri yang mungkin menarik lebih ramai blogger atau pembeli. Apa-apa pun JOM TENGOK barangan wanita yang menarik di edast-onlineboutique

say PEACE!!
Isu Berkaitan Facebook dan Yahudi. Mari Baca.
Baca artikel asal di SaifulIslam.com tapi artikel ini saya copy dari icewink.
Petikan:
——————–
“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.
Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.
“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.
PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK
Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.
Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.
Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.
Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.
Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.
Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.
BOLEH MENJADI HARAM
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.
Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.
Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.
Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.
Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.
Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.
Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?
Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.
Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.
Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.
Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).
Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.
TAGGING DI DALAM FACEBOOK
Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.
Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.
Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.
Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.
Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]
FACEBOOK DAN YAHUDI
Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.
Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.
Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.
Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.
ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]
Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.
Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.
Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“
Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.
Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.
Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.
Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN
Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Tepuk dada, tanyalah Iman!
ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
———————————-
sekilas : camane ni? aku addict men FB..huhuhu
Ni seme Nida punye pasal.
Kenal Nida? mesti la korang tak kenal…sebab dia ni officemate aku. Korang mesti nak tau kenapa aku sebut2 nama dia kat sini. mesti nak tau sangat ape minah ni dah buat kan?
sbenarnya takde apa pun. Dia minta tolong aku download kan lagu. memandangkan kat sini seme url download lagu kene block…dia minta tolong aku. sebab dia tengok aku dengan jayanya berjaya memecah masuk url tanpa disekat. hahahaha…macam mana…? itu adalah rahsia kerajaan. tu pun ade orang dengki aku leh buka. siap nak salin ip address aku lagi. ade aku kisah? bukan satu keperluan pun aku nak download lagu ni. kadang-kadang jer.
well, ni seme Nida punya pasal. dia suh aku download lagu fevret dia…last-last lagu yang aku donlod tu seme aku dengar hari-hari kat opis ni. hehehe…kann aku dah layan lagu-lagu ko Nida.
kat sini aku nak share kat korang yang tak tahu la….mintak perhatian yer…yang tak tahu…kalau dah tahu…atau ader laman web yang lagi bagus untuk korang download lagu…tak diberi perhatian yer…sebab aku selalu guna laman ni je untuk donlod lagu. klau korang ader laman lagi bagus..leh jugak war2 kan kat sini. korang leh gi ke http://www.4shared.com untuk donlod lagu kesukaan korang. akceli, memang ada laman web lain untuk donlod lagu. macam-macam lar…
tapi ini aku…aku selalu donlod kat sini. so…up to u la nak donlod sini ke tak? takut la nanti ader orang kate…’eleh, banyak lagi laman web yang bagus untuk donlod, ini yang dia bagi’…atau maybe orang kate ‘ala, dah alma dah orang tak guna laman web ni’ so…? ade aku kisah…korang-korang la…
nama pun memberi maklumat…kalau tak nak, toksah ikut…ye tak..? macam yang pernah aku cakap kat entry sebelum ni…takyah ler percaya aku 100%…huhuhu…
ok…mau sambung donlod lagu…pastu nak men game…ngeeee…………!! sorry ar bos, dah u tak bagi kerja kat i..i men game lar…
sekilas : ader orang sibuk study untuk intebiu kat RISDA. Good luck!! nasib aku tak tahu lagi
Sarapan pagi yang ditaja!
hoye…hoye…dah lah gi keje di hantar oleh My sis sampai depan office….lepas tu sarapan pagi hari ini pula di taja sepenuhnya oleh beliau…hahahah….
terima kasih ler kerana memahami adikmu ini masih belum gaji!! tapi rasanya….makan malam pun tiap-tiap hari semuanya di taja…muahahahaha…apa leh baut..itu lah untungnye menjadi adik kan…lagi pulak seorang adik yang masih single mingle lagik ni.
itu pun sebab hari kakak aku tak gi keje…kerana Zulfadhli kurang sihat…@ dlm erti kata lain dia pun macam malas-malas je nak gi keje.huhuhu….sabo jela kan.

Danial yang lengkap berbaju skolah. orang suh letak beg dalam kete takmo.
Lepas anta aku, akak aku anta dia gi skola lak.

Tengok Iskandar, sibuk je nak pakai kopiah. mengikut je apa abang dier buat…

Milo Ais sudah sampai. ok, gambar roti canai tak sempat snap.

ini lah dia wajah orang yang belanja aku tu..
huhuhu…tu tengah pikir la tu, abis la duit aku ari-ari bayar tuk budak nopa ni…ade aku kisah? hahahaha…
sekilas : ari ni bosan weyh! men game lagi ler jawabnye.
Hari ni masuk kerja rasa tension!
ader 2 sebab utama.
pertama : tak dapat dinyatakan.
kedua : pun tak dapat dinyatakan…
huahuahua…..! tapi aku telah nyatakan pada My Cinta sebab pertama tu. Terima kasih kerana memahami. sebab kedua tu, dia belum tahu lagi. kejap lagi la citer.
dan kesemua sebab itu datangnya dari tempat kerja. sebab tu masuk kerja jadi tension. huhuhu…
Bukan apa, blog aku ni ada jugak orang kat sini baca. jadi, disebabkan takmo ader mana-mana pihak terasa…maka, tak dapatlah aku nyatakan sebab munasabab tu yer. ampun dan maap dipinta. Bukan berniat nak merosakkan hubungan sesama kita. tapi, aku pun manusia biasa jer.
lalalala….lambatnya nak tunggu berakhirnya minggu ni. ader 2 perkara yang aku nantikan.
pertama :duit gaji aku masuk
kedua : keputusan SPA keluar.
ha…dua-dua tu sama penting tuh….gaji kalau tak masuk, mau giler aku. Klu result tak dapat…adala frust menonggeng dibuatnya. AKu hanya mampu berdoa agar aku lulus temuduga tu. kalau tak dapat, nak buat camne kan. bukan rezeki aku algi al tu. ada orang lain yang berhak mendapatkannya agaknya. bersabar jela ye Norfa.
Okeylah….! aku nak pi pindah tempat gi PC sebelah Fazli. Nak men game…lagipun kat sini ader orang tido kat sebelah. karang mengganggu pulak kan kan kan sayang kan…betul tak sayang….?? tau, sayang tengah baca blog ni…so, i luv u la..hahahaha…
sekilas : bukan banyak kerja pun, tapi macam tertekan plak! boleh tak?
Berjalan cuci mata…

Now aku ada di central market…sedang bersama sahabatku bernama Siti Julizah…baru lepas lepak ngan linda tadi..lupa nak amik gambar ngan dia..pastu elpak ngan julie…tunggu dia abis makan….dan sekarang sedang menggunakan khidmat wifi yang ada di sini. diluar hujan sangat lebat….satilah dah ajak kitorang bergerak ke KLCC. ada ke patut ajak pi tengok wayang…patut tak?? hahahaha….
yang tak patutnya sebab nak tengok pisau cukur…huhuhu…yela…satilah support filem-filem melayu…go go…
hari ni juga ada perlawanan akhir Kelantan VS Negeri Sembilan. Abang iparku sanggup datang dari Kuala Lipis untuk emnyaksikan negeri kelahirannya menang!! gomo kelate gomo..hehehe…aku tanye a.zaidi apa maksudnya..”belasah” hahahaha…belasah jgn tak belasah…bagi kalah N9…padahal aku patutnya sokong N9 tuh..huhuhu…kampung aku kan…
Okla….nanti julie bising plak guna laptop dia ni…nak cau gi KLCC..nak ikot?? jom…jumpa di sana….
tata titi tutu…..
sekilas : berjalan..tapi duit takde!! takpe kawan2 ada…lalalala.
Satu blog itu
apa nama blog itu ? rahsia…
url blog itu? rahsia…
siapa penulisnya ? rahsia…
mengisahkan apa? rahsia….eh, ni boleh la sket pecah rahsia. ia mengisahkan tentang kehidupan dia..hahahaha…
kenapa aku bagitahu? rahsia jugak..
kalau dah seme rahsia, nak cite ape lagi, ye tak? bak kata redmummy ”kadangkala kita lebih bisa menjadi silent reader to a blogger privately”
satu blog itu, telah buat aku sedih…dan kesedihan aku ni ade 2 jenis. sedih sebab kecewa….dan juga sedih sebab terharu.
jangan di tanya sebab apa…huhuhu….ia juga adalah rahsia.
hmm…..takkan ada orang yang tahu semua rahsia hidup kite….hidup korang…hidup aku…setidak-tidaknya ada beberapa perkara yang ingin kita rahsiakan daripada orang lain. kadang-kadang kita lebih percayakan kawan-kawan berbanding keluarga…kadang-kadang kita lebih percayakan abang daripada kakak….!! tapi, untuk aku. aku tak percayakan sesiapa, kecuali diri aku!
lantak lah orang nak kate ape….kepercayaan itu boleh diberikan pada sesorang tetapi bukan 100%. so, dengar ye semua kawan-kawan, pacik2, macik2…keluargaku sekalian. saya tidak percayakan anda 100%…mungkin 99%…98%…97%…dan seterusnya…hahahaha
dan janganlah kalian juga mempercayai aku. kadang-kadang tu aku rasa…tak guna jugak korang percayakan aku! takde untung dan faedah. so, jangan percaya sangat apa yang aku tulis ni 100%…huhuhu.
ok..full stop! tak tahu dah nak gambarkan camne perasaan aku skrg…sebab aku pun tak tahu aku rasa ape…!!
sekilas : oh begitu rupanya!
ada ka patut?
dalam bilik ni aku sorang je bunga yang cantik dan berseri tinggal…patut tak? budak2 ni semua dah cabut balik…giler awal deme ni.nak pi mane la agaknya. Fazli ngan Faizul je tinggal..itu pun dorang gi lunch. aku ni sekarang dalam bilik ni sorang2…vendor2 semua gi lunch…
tak patut…tak patut….
sebenarnya akak aku tu yang tak patut…hahahaha…sebab aku kena tunggu dia balik kul 5.30 petang…memang tak patut la..sebab kenapa aku takleh balik awal….ini tidak adil ni…
aku kene adukan hal ni kepada Jabatan Tenaga Kerja…tingkat 7 atas..eh..tingkat 7 ke 8 eh…ah lantak lar…
sekilas : bosannye!
kuasa besar lelaki
huhuhu….pagi ini aku telah bangun awal untuk menggoreng nasi…lalalalala
disebabkan gaji ku masih belum masuk2 lagi…aku merasakan aku perlu untuk menjimatkan sistem kewangan ku dengan membawa bekal..huahuahua…maka dengan itu habisla beras di rumah akak aku….sabar jela yer…hehehehe
hari ni takde keje..atas sebab itu lar aku sedang menghupdet blog..haa..nampak tak aku tengah updet ni….nampak tak?
tadi dalam bus, aku terpandang seorang perempuan tengah duduk. muka perempuan tu, telah mengingatkan aku pada seorang ‘perempuan’ lagi yang mempunyai atitude yang kurang baik sikit.
aku takleh lar nak nyatakan siapa ‘perempuan’ tu…tapi dia ni telah meruntuhkan kebahagiaan orang sehingga menyebabkan pasangan lain bercerai disebabkan dia. pastu, kalau aku terserempak dengan dia terus aku cuba membayangkan, macam mana la die tu leh jadi perosak rumah tangga orang.
macam mana pulak kalau dia tu ada kat tempat si isteri…eeiii….tak sanggup aku fikirkan kalau aku lar isteri tu. meraung tak sudah..tapi dalam masa yang sama kena bangkit dan tabah untuk meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi.
muka yang macam orang tak bersalah ‘perempuan’ tu buatkan aku merasakan dia ni seorang yang takde hati dan perasaan….jenis orang yang ingin membuktikan bahawa dia ni boleh bertakhta di hati seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang cantik…so, bila suami sanggup ceraikan isteri demi dia…dia dah menang! kemenangan itu merupakan kepuasan untuk ‘perempuan’ tu.
aku takdelah kenal sangat pun dengan ‘perempuan’ tu…tapi melihat pada perwatakan tu dah boleh buat kita mengetahu peribadi dia…bila dia dah menang….lelaki atau suami itu, dah takde maknanya lagi buat dia..apatah lagi setelah bercerai, lelaki itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa…..sedih kan…time tu baru menyesal..dan cari balik isteri yang telah dilafazkan cerai…
begitu besar kuasa lelaki ini di dalam rumah tangga..tapi lihatlah dengan kuasa yang diberikan itu, sewenang-wenangnya dia melepaskan permata untuk kaca. aku masih tak puas hati dengan ‘perempuan’ tu…bila orang tu dah jadi duda..takmo plak ko mengendeng, berkepit, dating, manja-manja….huh!!
janganlah jadi seperti ‘perempuan’ itu…sebabnya satu hari nanti pasti perkara yang sama berlaku pada kita…silap-silap, lebih teruk lagi dari itu…moral of the story… hargailah pasangan anda sekarang. jangan menyesal di kemudian hari…
picture of the day

dan janganlah kalian jadi seperti perempuan ini…MasyaAllah…
sekilas : lebih sayangkan diri sendiri
How To Learn English!
How To Learn English!
Here are some tips which may help you to master the English Language!
Speak without Fear
The biggest problem most people face in learning a new language is their own fear. They worry that they won’t say things correctly or that they will look stupid so they don’t talk at all. Don’t do this. The fastest way to learn anything is to do it – again and again until you get it right. Like anything, learning English requires practice. Don’t let a little fear stop you from getting what you want.
Use all of your Resources
Even if you study English at a language school it doesn’t mean you can’t learn outside of class. Using as many different sources, methods and tools as possible, will allow you to learn faster. There are many different ways you can improve your English, so don’t limit yourself to only one or two. The internet is a fantastic resource for virtually anything, but for the language learner it’s perfect.
Surround Yourself with English
The absolute best way to learn English is to surround yourself with it. Take notes in English, put English books around your room, listen to English language radio broadcasts, watch English news, movies and television. Speak English with your friends whenever you can. The more English material that you have around you, the faster you will learn and the more likely it is that you will begin “thinking in English.” .
Listen to Native Speakers as Much as Possible
There are some good English teachers that have had to learn English as a second language before they could teach it. However, there are several reasons why many of the best schools prefer to hire native English speakers. One of the reasons is that native speakers have a natural flow to their speech that students of English should try to imitate. The closer ESL / EFL students can get to this rhythm or flow, the more convincing and comfortable they will become.
Watch English Films and Television
This is not only a fun way to learn but it is also very effective. By watching English films (especially those with English subtitles) you can expand your vocabulary and hear the flow of speech from the actors. If you listen to the news you can also hear different accents.
Listen to English Music
Music can be a very effective method of learning English. In fact, it is often used as a way of improving comprehension. The best way to learn though, is to get the lyrics (words) to the songs you are listening to and try to read them as the artist sings. There are several good internet sites where one can find the words for most songs. This way you can practice your listening and reading at the same time. And if you like to sing, fine.
Study As Often As Possible!
Only by studying things like grammar and vocabulary and doing exercises, can you really improve your knowledge of any language.
Do Exercises and Take Tests
Many people think that exercises and tests aren’t much fun. However, by completing exercises and taking tests you can really improve your English. One of the best reasons for doing lots of exercises and tests is that they give you a benchmark to compare your future results with. Often, it is by comparing your score on a test you took yesterday with one you took a month or six months ago that you realize just how much you have learned. If you never test yourself, you will never know how much you are progressing. Start now by doing some of the many exercises and tests on this site, and return in a few days to see what you’ve learned. Keep doing this and you really will make some progress with English.
Record Yourself
Nobody likes to hear their own voice on tape but like tests, it is good to compare your tapes from time to time. You may be so impressed with the progress you are making that you may not mind the sound of your voice as much.
Listen to English
By this, we mean, speak on the phone or listen to radio broadcasts, audiobooks or CDs in English. This is different than watching the television or films because you can’t see the person that is speaking to you. Many learners of English say that speaking on the phone is one of the most difficult things that they do and the only way to improve is to practice.
Finally
Have fun!
( source : world-english )
Sekotak rokok RM30? biar betul…
ha…jangan terkejut bila kerajaan sedang membuat perancangan untuk mengelakkan rakyat Malaysia kita ni menghisap rokok. tapi dalam pada itu, kerajaan kita ni pun tak dapat nak elakkan hakikatnya bahawa rokok tu memang memberikan pulangan cukai yang berbaloi-baloi..huhuhu….menguntungkan kerajaan kita la…dan juga memendekkan jangka hayat rakyat kita jugak dalam tempoh yang singkat selain daripada sebab-sebab kematian yang lain yer…

dalam surat khabar yang aku baca semalam, ada satu berita mengatakan harga sekotak rokok mungkin akan dijual dengan harga RM30..hambik ko. ini kalau harga macam ni. memang orang-orang kaya jela mati cepat..huhuhuhu…tapi aku ingat, dengan kenaikan harga rokok yang mendadak macam ni juga akan menyebabkan lebih banyak jenayah berlaku di Malaysia. korang bayangkan kalau orang-orang yang dah sebati ngan rokok ni, orang-orang tak berduit….dalam erti kata, tak banyak duit, miskin, atau kejap berduit, kejap tak…dorang-dorang ni nak sangat beli rokok, tapi takde duit, haa….mula la mencuri, merompak, membunuh disebabkan desakan ingin menghisap rokok. silap-silap banyak pulak peminjam-peminjam ceti haram yakni along…semain bertambah jumlahnya kerana sekotak rokok tu…mula-mula pinjam kengkawan dulu, pow la sebatang dua…lama-lama??? pikir la sendiri….
adakah dengan kenaikkan harga rokok akan mengurangkan jumlah penghisap rokok yang tegar ini? mungkin perkara ini perlu dikaji dengn lebih baik lagi. banyak pro dan cotnranya….ia mungkin mengurangkan jumlah penghisap rokok…MUNGKIN. atau ia mungkin menambahkan kadar jenayah di Malaysia… MUNGKIN.
apa kata anda?
sekilas : mengharapkan yang terbaik!





pengomenan